Kemurungan Selepas Bersalin

Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah keadaan serius yang terjadi pada ibu di bulan-bulan pertama selepas melahirkan. Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang mengalami keguguran atau selepas kematian anak.

Postpartum Depression boleh menyebabkan anda berperasaan sedih yang keterlaluan, tidak harapan dan rasa seperti tidak berguna (worthless). Sekiranya ia terjadi, ia boleh memberikan masalah dalam menjaga bayi atau kurang rasa hubungan atau ‘bonding’ terhadap bayi anda.

Kemurungan selepas bersalin sama-sekali tidak sama dengan ‘baby blues’ satu keadaan yang lebih kerap terjadi sebaik sahaja bersalin. Dalam ‘baby blues’ anda cuma mengalami kesukaran tidur, berasa moody atau sedikit sedih. Anda masih merasa gembira dengan kehadiran bayi anda. ‘Baby blues’ selalunya hilang 1-2 minggu selepas bersalin. Dalam kes Postpartum Depression pula, simtomnya adalah lebih lama dan sukar hilang sehingga berbulan-bulan lamanya.
Dalam kes yang sangat jarang terjadi, segelintir daripada mereka mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Postpartum Psychosis dimana wanita mungkin akan berperangai pelik, melihat benda-benda yang anih yang tidak dilihat oleh orang lain, dan boleh memberikan bahaya kepada bayi ataupun dirinya sendiri. Postpartum Psychosis adalah penyakit yang serius dan perlu rawatan segera kerana simtom akan menjadi lebih teruk dengan cepat.
Adalah sangat penting untuk mereka yang mengalami kemurungan mendapat rawatan yang sepatutnya dihospital kerana lebih cepat rawatan diberikan, lebih cepat untuk anda pulih dari masalah ini.

Apa yang menyebabkan berlakunya kemurungan selepas bersalin?

Ia berkait dengan perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, anda lebih berisiko untuk mendapat masalah ini sekiranya:
  • Anda mempunyai masalah kemurungan pada kelahiran bayi yang lepas.
  • Anda kurang mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga
  • Bayi anda kerap sakit dan mengalami kolik
  • Anda mengalami banyak tekanan perasaan
  • Anda juga berisiko tinggi sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah bipolar disorder

Apakah simptomnya?

Wanita yang mengalami Postpartum Depression seringkali:
  • Berasa sangat sedih, kecewa, rasa tak berguna
  • Rasa tidak bermaya dan hilang minat kepada segala benda
  • Tidak lalu makan dan kehilangan berat badan
  • Sukar tidur
  • Tidak dapat memberikan tumpuan
Bagi mereka yang mengalami Postpartum psychosis simtomnya adalah lebih serius:
  • Melihat atau mendengar benda-benda yang pelik dan tiada iaitu halusinasi
  • Rasa seperti mahu membunuh diri dan mencederakan bayi dan orang sekelilingnya

Bagaimana Postpartum Depression boleh didiagnos?

Doktor selalunya akan membuat pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang gejala yang anda . Pastikan anda bertanyakan doktor tentang perasaan anda pada pemeriksaan pertama selepas lahir. Doktor mungkin akan membuat follow-up terhadap simtom anda.

Mengubatinya?

Postpartum depression selalunya dirawat dengan ubat anti-murung dan nasihat kaunselling oleh pakar psychiatri. Untuk memastikan anda pulih dengan cepat, pastikan anda mendapat makanan yang seimbang dan buatlah senaman setiap hari. Dapatkan tidur yang secukupnya dan sokongan dari keluarga dan rakan juga diperlukan.
Jangan merasa rendah diri sekiranya anda mengalami masalah ini, ia tidak bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Memang ramai yang mengalami masalah yang sama dengan anda, tetapi ia mengambil masa untuk sembuh dan rawatan seharusnya akan membuatkan anda pulih dengan lebih cepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s