Wanita & Resdung

Masalah resdung pada wanita kian menjadi-jadi kini.Resdung (Sinusitis) ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Resdung (Sinusitis) juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Resdung (Sinusitis) adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah resdung setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Sama juga halnya di Malaysia. Dianggarkan 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini ada masalah resdung. Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus datang mendapatkan rawatan dan ramai memilih kaedah tradisional untuk ‘menghilangkan’ keradangan sinus.

Ruang sinus kita secara semula jadinya diselaputi mukus (lendir) sebagai perlindungan. Mukus yang terkumpul ini dialirkan ke dalam saluran hidung supaya ruang sinus sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus mengalami keradangan dan tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik.

Diantara Simptom-simptom resdung/sinusitis ialah

-Jerawat yang teruk di muka atau di badan

-Kulit kepala berkelimumur

-Selalu pening

-Telinga gatal

Cara mengatasinya:-

Kami D’amira Salun menawarkan rawatan resdung dari segi luaran dan dalaman.Pelanggan boleh memilih sendiri jenis rawatan yang ada dengan harga yang berpatutan.

Salah satu rawatan disediakan di salun kami ialah earcandeling

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s